Friday, 4 December 2015

Assalamu'alaikum....

Bbp bulan berlalu penuh dgn pelbagai peristiwa...
Semua yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya...Segalanya adalah misteri Allah jua

Ingat lagi masa mula-mula mengajar 25 tahun dulu...Sains tingkatan 4 dan 5...

Bila ditanya..
Mengapa matahari kelihatan merah di waktu senja?

Mengapa bunga alamanda berwarna kuning?

Jawapan standard, jawapan cliche diterima adalah..."sudah takdir cikgu"

tapi bila dinyatakan bahawa segala yang berlaku ada sebab dan musababnya, pelajar mula mengerutkan dahi...

kita seharusnya berfikir mengapa sesuatu itu berlaku...kan ada pepatah kata...everything happens for a reason

ALLAH juga menjanjikan bahawa berfikir sejenak ttg kejadian/kebesaran ALLAH adalah lebih baik drp mendirikan solat sunat 1000 rakaat...

maka itulah wujudnya pelbagai disiplin ilmu yang bertujuan untuk menggalakkan kita berfikir dan terus berfikir..

lantas bila kita sentiasa berfikir, neuron dlm sistem saraf kita juga turut aktif dan tidak mati..lalu kapasiti memori yang mampu disimpan akan lebih banyak..

Selalu berfikir juga mengelakkan nyanyuk atau schizophrenia kerana neuron sentiasa digunakan dan bekalan oksigen diperoleh secara berterusan.

lalu suka atau tidak, tanpa pelbagai alasan...membaca, berbincang secara ilmiah dan berfikrah adalah aktiviti wajib yang perlu dibuat tanpa mengira batas umur..

Islam yang syumul menganjurkan membaca Al Qur'an dan mengkaji setiap patah kalam Allah itu boleh mengelakkan nyanyuk dan lupa..ie menguatkan ingatan...

Lantas disiplin ilmu sains mencadangkan membaca dan berfikir menyebabkan ingatan sentiasa kuat...

ALLAH sahaja yang maha tau...Semoga kita semua sentiasa diberkati

Kepada anak-anak permata tingkatan 5 dan 6..selamat menempuh peperiksaan SPM dan STPM dan jangan lupa tekal berdoa supaya pemeriksa terpesona dengan jawapan anda, tidak berkira sgt unt bagi markah dan sentiasa tertarik unt membaca jawapan anda wp tulisannya tidaklah semolek mana....hehehe..bahana wasep...tulisan sumer hancusss...
InsyaALLLAH

Hingga bertemu lagi...Assalamu'alaikum  

No comments:

Post a Comment